Selepas Perang Dunia ke-2 telah berlakunya banyak proses kemerdekaan terhadap tanah jajahan bagi kuasa-kuasa besar.Ini berlaku di semua benua dunia.
Dalam memerhatikan kepada wajah kemerdekaan pada ketika itu wujudnya satu bentuk persamaan yang agak ketara di antara satu sama lain.
Pertama:
Negera-negara yang akan merdeka ini haruslah mempunyai satu Perlembagaan yang bersuaian dengan dengan negara bekas penjajahnya atau yang mematuhi standard PBB.
Kedua:
Negara-negara ini mempunyai satu bentuk mata wang atau wang kertas atau syiling yang disandarkan dengan nilai matawang negara maju.Bentuk wang pun seakan sama..ada gambar pengasas atau tokoh terpenting negara tersebut..ada gambar mercu tanda atau lambang simbolik negara.Serta mempunyai Bank Pusat atau Bank Utama negara yang menguruskan pengeluaran matawang negara tersebut. yang keahlianya harus diperakui oleh World Bank.
Ketiga:
Berhutang dalam membangunkan negara.Semua negara mengambil hutang dari World Bank.Pastinya hutang negara akan turut terpaksa dibebankan kepada rakyat dalam proses pembayaran semula.Nilai hutang ini pula akan senantiasa meningkat mengikut hari.
(Rujukan: Umar Ibrahim Vadillo.2013.Pakistan)
Sunday 19 May 2013
Friday 17 May 2013
Rumusan dalam mendengar : Satu Dalam Seribu.
Nietzsche (1844-1900),ahli falsafah Jerman kelahiran Prussia telah mengenalpasti penyakit manusia moden.Dia telah memberikan satu pemikiran baru yang dinamik.Perkara yang ditekankan bukan antara benar dan salah,tetapi tentang mulia dan hina.Tinggi dan rendah.Yang mulia akan bertindak dan yang hina akan bertindak-balas.Yang mulia,yang aktif,yang baik itulah tuan.Yang hina,yang pasif,yang menderita adalah hamba.
Perlu diingatkan bahawa kedua-dua golongan ini ingin berkuasa.
Bagaimana hendak berkuasa..apa cara untuk berkuasa adalah berlainan dan berbeza.
Syaitan apabila berkuasa.itu tidak menjadikan ianya mulia dan baik serta tidak menjadikannya sebagai khalifah.Pertentangan antara sunnah Adam dan sunnah Syaitan ini akan berterusan hinggalah kiamat.Bagaimanapun,sifat sunnah Adam ini ialah ia tidak boleh bertahan lama.Sunnah Syaitan menguasai dunia pada kebanyakan masa.Sehingga di akhirat,dia tetap mahu mengalahkan sunnah Adam.
Bagaimana kita nampak dunia ini berfungsi?
Betapa banyaknya yang realiti itu telah dikaburkan dengan illusi.
Kita bukan hendak membersihkan dunia tapi kita mahu membersihkan diri dahulu.
Mohd Azmi Yahaya.(Ribat)
Nota Kaki...Siri berdialog dengan rakan2..
Meresapnya pengaruh golongan hina dalam proses 'Islamisasi"..Muhammad Abduh yang ada menulis Kitab Tauhid adalah sebenarnya mempunyai mentaliti Muktazili dan berguru dengan Jamaluddin Al-Afghani seorang yang berfahaman Syiah.Muhammad Abduh ini pula mempunyai hubungan erat dengan Lord Gramer iaitu Gabenor British di Mesir.Murid kepada Muhammad Abduh ialah Rashid Reda yang terkenal kerana pemikiran modennya dan merupakan Canselor Al-Azhar.Anak murid Rashid Reda ialah Hassan al-Bana yang seangkatan dengan Maudidi dan Qutub...
Monday 13 May 2013
Taiping-Kamunting-Simpang..Korang perasan tak??
Pusat Refleksologi...Spa Urut..Pusat Urut...Gambar tapak kaki...orang kampung aku sebut..'massage'...korang pernah ronda2 masuk tak??...memang le pusat2 ni tak tawarkan urut untuk lelaki dan perempuan..tukang2 urut dia semua perempuan..ada yang datang dari Siam..Vietnam..China..
"Local pun ada encik..", kata penyamput tetamu sebuah pusat urut kat Kamunting ni....dia tambah lagi.."tengok dulu encik..senang angkat la..",.sambil tersenyum...penuh makna.
Hairan bin ajaib...tu belum dialog2 lain lagi...yang JELASnya..pusat2 refleksologi atau Spa berehat ini menawarkan banyak 'benda' lain lagiii..
Lesen?...mestilah ada lesen..kalau tak..tak buka bisnes ni..mungkin lesen macam lesen kedai makan kot..takpun macam lesen snooker..
Pemantauan?...aku ulang kata penyambut tetamu tadi.."sini ok encik..lesen ada..jangan takut..mana salah..",.
Nampaknya..orang2 kampung aku tak payah lah bersusah-payah nak pergi Siam nun dah...Dah le jauh..banyak modal nak pakai lagi...Ipoh pun jauh gak...
Mai..mai Taiping...Kamunting...Simpang...sini pun BERLAMBAK!
Sawidap at Taiping-Kamunting-Simpang....

Sunday 12 May 2013
PRU13:Harapanku..si pengundi dan rakyat biasa..
PRU13 telah berlalu..parti yang menang telah membentuk kerajaan..calon yang menang telah bergelar YB..parti yang kalah..masih boleh mencuba akan datang..apa yang dimahukan oleh rakyat perlulah dipenuhi sebaik mungkin..Janji yang ditabur wajar ditepati.Haruslah diingatkan bahawa ketika berkempen,rakyat dicari...rakyat didekati..rakyat disantuni...jangan pulak bila sudah menang..batang hidung pun tak nampak.
Kebajikan rakyat harus dijaga.Kehidupan yang kian menyesak ini perlu disuarakan akan keperluan mereka di Parlimen atau Dewan Negeri.Mana yang patut..perlu dilakukan demi kelangsungan hidup rakyat.Harga barangan dan cukai perlu dikaji agar tidak menjadi beban langsung kepada rakyat.
Ketelusan dan kesaksamaan perlu menjadi tunjang dalam pentadbiran.Mudahkan..mana yang boleh dimudahkan..kurangkan kerenah birokrasi..yang susah dibantu..yang senang membantu..
Rasuah jika tidak dapat dihapuskan 100%...maka berusahalah untuk menutup lubang-lubang peluang rasuah.Tingkatkan intergriti dan akauntibility.Usaha yang berterusan pastinya membuahkan hasil yang baik.
Merdekakan jiwa dan pemikiran rakyat.Kejumudan akan menjurus kepada kemunduran.
Kekayaan dan kemakmuran negara wajar dinikmati semua rakyat bukan kelompok tertentu.
Bangunkan satu masyarakat yang harmoni.
Ingatlah..kuasa itu ditangan rakyat..Jangan biarkan rakyat memenuhi jalanraya..penuhilah keperluan rakyat.
Jalankan amanah rakyat dengan jujur,adil dan telus.
SELAMAT BERKHIDMAT!

Saturday 11 May 2013
Banjir kilat...
Banjir...hujan yang lebat adalah ketentuanNya...namun terjadinya banjir kilat kekadang adalah disebabkan kerana pelbagai faktor..kesilapan dalam perancangan bandar dan sistem perparitan..ditambah pula dengan kecuaian manusia.
Kembali memblogger setelah lama menyepi....
Alhamdullilah...hari ini dapat kembali meneruskan agenda hidup dalam dunia blog..lama dah meninggalkan blog..semenjak terjerumus dalam dunia fb...banyak juga manafaat fb...namun blog lebih sesuai dalam hal untuk membicara apa yang terbuku dalam hati...dulu2 menulis dalam 'duniaku' di seriaman.blogspot.com..lepas lama tinggal..langsung tak dapat masuk..jadi inilah hasil terbaru dalam usaha nak memblogger juga..
Subscribe to:
Posts (Atom)