Friday 17 May 2013

Rumusan dalam mendengar : Satu Dalam Seribu.


Nietzsche (1844-1900),ahli falsafah Jerman kelahiran Prussia telah mengenalpasti penyakit manusia moden.Dia telah memberikan satu pemikiran baru yang dinamik.Perkara yang ditekankan bukan antara benar dan salah,tetapi tentang mulia dan hina.Tinggi dan rendah.Yang mulia akan bertindak dan yang hina akan bertindak-balas.Yang mulia,yang aktif,yang baik itulah tuan.Yang hina,yang pasif,yang menderita adalah hamba.
Perlu diingatkan bahawa kedua-dua golongan ini ingin berkuasa.
Bagaimana hendak berkuasa..apa cara untuk berkuasa adalah berlainan dan berbeza.

Syaitan apabila berkuasa.itu tidak menjadikan ianya mulia dan baik serta tidak menjadikannya sebagai khalifah.Pertentangan antara sunnah Adam  dan sunnah Syaitan ini akan berterusan hinggalah kiamat.Bagaimanapun,sifat sunnah Adam ini ialah ia tidak boleh bertahan lama.Sunnah Syaitan menguasai dunia pada kebanyakan masa.Sehingga di akhirat,dia tetap mahu mengalahkan sunnah Adam.

Bagaimana kita nampak dunia ini berfungsi?
Betapa banyaknya yang realiti itu telah dikaburkan dengan illusi.
Kita bukan hendak membersihkan dunia tapi kita mahu membersihkan diri dahulu.

Mohd Azmi Yahaya.(Ribat)

No comments:

Post a Comment