Sunday 12 May 2013

PRU13:Harapanku..si pengundi dan rakyat biasa..

PRU13 telah berlalu..parti yang menang telah membentuk kerajaan..calon yang menang telah bergelar YB..parti yang kalah..masih boleh mencuba akan datang..apa yang dimahukan oleh rakyat perlulah dipenuhi sebaik mungkin..Janji yang ditabur wajar ditepati.Haruslah diingatkan bahawa ketika berkempen,rakyat dicari...rakyat didekati..rakyat disantuni...jangan pulak bila sudah menang..batang hidung pun tak nampak.

Kebajikan rakyat harus dijaga.Kehidupan yang kian menyesak ini perlu disuarakan akan keperluan mereka di Parlimen atau Dewan Negeri.Mana yang patut..perlu dilakukan demi kelangsungan hidup rakyat.Harga barangan dan cukai perlu dikaji agar tidak menjadi beban langsung kepada rakyat.

Ketelusan dan kesaksamaan perlu menjadi tunjang dalam pentadbiran.Mudahkan..mana yang boleh dimudahkan..kurangkan kerenah birokrasi..yang susah dibantu..yang senang membantu..

Rasuah jika tidak dapat dihapuskan 100%...maka berusahalah untuk menutup lubang-lubang peluang rasuah.Tingkatkan intergriti dan akauntibility.Usaha yang berterusan pastinya membuahkan hasil yang baik.
Merdekakan jiwa dan pemikiran rakyat.Kejumudan akan menjurus kepada kemunduran.

Kekayaan dan kemakmuran negara wajar dinikmati semua rakyat bukan kelompok tertentu.
Bangunkan satu masyarakat yang harmoni.

Ingatlah..kuasa itu ditangan rakyat..Jangan biarkan rakyat memenuhi jalanraya..penuhilah keperluan rakyat.
Jalankan amanah rakyat dengan jujur,adil dan telus.

SELAMAT BERKHIDMAT!

No comments:

Post a Comment